Thursday, June 23, 2011

Belajar Belajar Kita Terus Belajar . ;)

Assalammualaikum ~ kriinnggg!!!

dah dah.jangan nak tido je.cube sedar sikit SPM berape kerat hari je lagi.tak takut ew? huhuh.

takut laah.gyle tak takut. ='(

takpo takpo.sini awok nak kongsi sikit2 ape yang awok tau untuk mantap an lagi pembelajaran kome.hee. ;)


Pertama – Tidak mensia-siakan biar pun seminit
Seorang pelajar yang cemerlang menggunakan masa yang terluang, masa pertukaran kelas, masa sebelum makan. Mereka boleh membaca satu atau dua soalan objektif atau ulangkaji pelajaran yang telah mereka baca.


Jangan terlalu obses dgn Fesbuk twitter yutiub blog dan yang berkenaan.Tak salah bersosial n chatting.tp guna kan laah mase dgn se 'genius2' yg buleh.cube set an "ok!aku on9 pukul 5pm till 6pm je!" belajar disiplin an diri.kalau liat juge ape kate ask your BOYFIE or GIRLFIE to scheduled you tightly.hahah.serius!work for me! ;) (sape kate couple couple takde benefit hah?typu an mereka mereka tuh? ^^,)


Kedua – Membawa buku ke mana sahaja anda pergi
Amalkan sikap membawa buku setiap ketika. Sikap ini bukan bermaksud kita mesti membaca buku tersebut. Kemungkinan diri anda tidak membaca apa-apa , tetapi ia memupuk jiwa bersungguh-sungguh dengan kewajipan terhadap pelajaran. Sikap ini membolehkan anda menyemai budaya belajar yang positif dan sikap bertanggungjawab terhadap pelajaran.

tp berhingat yea?bukan bermakne kite buleh sewenang2 nye bawak komik laah.KPOP laah.UTOPIA laah.GILA-GILA laah.mmg ternyata buku2 pelajaran ni sgt membusan an.baru bukak seminit dah tebongkang.tapi,cuba kaurang cari n beli buku revision yg byk colour.colour an merangsang otak kite.hee. (tp aku pun suke baca komik gak ni!) --" sokey sokey.kite mule dr skrg laah!kalau hate hate hate juge nak bawak study notes bawak jew novel english.improve grammar!hah.okehh ape. c(=


Ketiga – Gunakan masa awal pagi
Gunakan sepenuhnya masa awal pagi untuk mengulangkaji pelajaran yang anda lemah. Pupukan semangat belajar pada awal pagi biar pun anda tidak terasa mahu membaca. Usaha ini akan menyemai semangat yang kental terhadap pelajaran dan membolehkan anda mulakan hari tersebut dengan azam untuk berjaya.

masa se awal 4am sgt sesuai utk study.senang jew flow masuk.alang2 bgn 4am utk study tuh.ape kate amal an buat Qiam.solat tahajud.solat hajat.byk2 an bdoa ke hadrat Illahi.tyme2 nie laah doa di makbul kan. (insya-Allah.) ;) ape?takut na study sensorang pagi2?aik.tak mungkin laah rumah takdak MP3 kutt?sumbat je telinge tuh nan lagu2 fevret.heheh.kalau hate hate hate juge.suruh je BOYFIE or GIRLFIE teman an.lagi laah smgt taw kalau ade yg tersayang bg kata2 smgt menimbun2.ahahah. ;) ;)


Keempat – Buat nota ringkas
Pelajar yang cemerlang sentiasa membuat nota ringkas. Nota tersebut adalah untuk membolehkan anda merujuk kembali apa yang telah anda baca. Ia tidak menjamin ingatan anda tetapi ia meningkatkan kuasa ingatan anda. Dengan adanya nota ringkas, ulangkaji sehari sebelum peperiksaan menjadi lebih mudah.

"leceh laah" "alahai..ingat aku rajin ew nak buat menatang2 tuh?" antara keluhan2 biasa didengari dr mulut rakan2 sebaya.biasa laah nak buat nota2 nie mmg leceh sikit.penat kan?kenkadang rase tak berbaloi gyle aah buat! wahai sayang.. ^___^ tak susah laah nak buat notes nie.kalau ade notes yg cikgu bagi ape kate kite conteng2 sikit.tak salah punn.bace balik n highlight laah ape yg penting.n tambah2 laah notes tambahan sendiri.mcm add on garam dlm gulai. =D heheh.tak pun gune laah kemudahan yg ade skrg nie.kaurang an suke mengkebas an jari2 n melebam an mate.type laah notes2 tuh dlm lappy kaurang.kalau buleh print skali colour2.mesti gempak!semua nak pinjam notes kaurang nanty.buleh laah buat bisnes jual notes.haa!brilliant!hee.


Kelima – Mengikut jadual sepenuhnya
Aturkan masa untuk setiap aktiviti yang anda hendak lakukan pada hari tersebut. Patuhi jadual belajar anda tanpa syarat. Jangan ikut perasaan. Biar pun anda tidak suka belajar pada sesuatu masa, buka sahaj buku dan membacanya. Jika anda mempunyai disiplin yang kuat terhadap hidup, anda tidak akan lalai terhadap tanggung-jawab belajar. Pastikan anda peruntukkan masa untuk setiap mata pelajaran pada setiap hari jika anda mahu mencapai kegemilangan dalam semua mata pelajaran.

yg nie aku taw mmg ramai buat tp sikit punn tana ikutt sendiri.ahahah.tp cube laah okehh?yg penting cube the hard rock. --, paling efektif set an paling koman punn 3jam utk study dlm satu hari tuh.toksah laah ngadap Notty Kiss ke Showdown ke Doraemon ke sampai berjam2.lepas abeh skulah nanty nak layan menatang tuh semua sampai muntah darah hitam punn tape!


Keenam – Mencuba soalan tahun lalu
Pelajar cemerlang memperuntukkan masa untuk menjawa contoh soalan setiap hari. Ini akan membiasakan dirinya dengan corak soalan yang sering keluar dalam peperiksaan dan bagaimana menjawabnya. Pelajar yang hanya begitu kepada buku teks tidak akan lulus dengan cemerlang kerana mereka tidak biasa dengan corak soalan peperiksaan.

hah.yg nie sonang jew.skrg an SASBADI ade jual set2 soalan2 tahun2 lepas.beli jew at TOP PUBLIC ke ACHIEVERS ke.tak mahal punn.


Ketujuh – Sentiasa menanya kalau tidak faham

Dekatkan diri dengan guru dan guna setiap kesempatan yang ada untuk menjawab kemusykilan anda. Biar pun anda sudah faham , anda masih boleh menanya. Ini akan menguatkan kefahaman dan ingatan anda. Anggapkan guru anda, kakak atau abang anda, kawan-kawan anda sebagai orang yang boleh membantu anda dalam hal ini.

jangan malu nak bertanye.malu sesatsesat malu. ;) org yg paling dekat kite nak tanye an GURU.jangan ego+sombong+bodoh dgn cikgu2.sbb ape yg cikgu ajar tuh laah yg masuk exam taw.tak percaye tanye Nur Amalina tuh.hah.tak nak percaye lagi.heheh.sbb tuh laah dalam diam kite tak boleh hate hate hate cikgu taw?takmao takmao.dose woo~ =O


Kelapan : Menjadi model dalam rumah

Jadikan diri anda sebagai contoh kepada adik-adik lain. Beritahu mereka “Jangan membuang masa dengan aktiviti-aktiviti yang tidak menyumbang kepada masa depan.” Semakin anda memberi galakan untuk mereka , semakin tinggi semangat anda untuk menjadi contoh kepada mereka. Apa yang anda serukan akan menjadi panduan dalam hidup anda sendiri.

betul tuh betul tuh.adik2 zaman skrg nie kalau tgk akak akak abang abang dye merendek mule laah dyerang nak ikutt.kalau di marah nanty ckp "alah abg/akak tuh pun jahat.bukan salah adik. =P" susah kalau tak di bimbing dr kecik.sbb nanty dh besar lagi laah buat kita heart attack.


Kesembilan : Imbangkan masa kokorikulum dan akademik

Jika anda berada dalam tahun peperiksaan , jangan terlalu menumpukan perhatian pada kokorikulum kerana ini akan melalaikan diri dalam bidang akademik. Jika anda mahu berjaya dalam akademik, anda perlu mempunyai masa ulangkaji yang cukup di rumah. Masa ulangkaji untuk SPM ialah dalam lingkungan 5 jam ke 6 jam sehari. Jika masa minima tersebut tidak dipenuhi, anda mungkin perlu berjaga malam atau bangun pagi.

hah!benda nie sgt3 slalu berlaku.kenkadang aku rase koko koko tuh mcm buang mase gak laah.kalau tyme koko tuh diganti dgn kelas tambahan an best.penat punn tak.tp ape kan kite hye mampu menurut kata. =) seronok juge koko nie.buleh ringan kan sikit urat2 tensi kite.maen tgh2 padang petang2 plg best laah.patut nye sekulah tak boleh buat aktiviti dlm kelas tyme koko.boosan woo!tak mencabar langsung.


Kesepuluh : Belajar mengikut rentak sendiri
Jangan membandingkan diri dengan pelajar yang mantap dalam prestasi peperiksaan. Anda perlu mebgenal rentak sendiri dan pastikan anda mematuhi rentak tersebut. Jika anda seorang pelupa, pastikan anda mengatur masa ulangkaji kedua atau ketiga pada minggu-minggu yang akan datang. Jika anda perlukan bimbingan tambahan , dapatkan tuisyen.

jangan rush2.jangan terkejar2.ikutt flow sendiri.jgn sibuk dgn org yg gifted so nak ikutt dye plak.org gifted n org usaha lain taw.gifted nie blajar tak blajar pandai gak.tuh yg hebat tuh.org usaha nie hati kental.kalau study 24jam punn still fresh lagi.so kite kenali diri n tgk kite dlm kategori mane.jgn mudah kecewa dgn ape yg diri kite buleh buat. =)


Kesebelas : Elakkan gangguan emosi
Semua perkara yang merunsingkan dan mengganggu konsentrasi waktu belajar perlu diketepikan. Beritahu diri anda , “saya tidak relakan masa depan saya tergadai oleh perkara yang remeh-temeh ini.” Sebaik pemikiran atau perasaan negatif timbul, tuliskan pada kertas . Layankan semua gangguan ini selepas peperiksaan. Anda boleh gunakan musik latar yang lembut untuk menjadikan suasana belajar lebih menyelerakan (jika sesuai).

kalau ckp bout emo emo nie mesti jawab nye : MASALAH CINTA an an?hah.tuh laah.tak matang dah sibuk nak mengorat anak daro org.kan susah kalau dye kecik aty.kan susah kalau sendiri makan hati.cube elak an dr buat hal.taknak gaduh jgn laah buat ape yg pasangan kaurang tak suke kaurang buat.ape susah.kalau ckp bout probs family mmg ramai gak.slalu gak aku dengar luahan dr mulut2 mengata an makcik dye tuh laah.nenek dye ini laah.biasa laah.manusia mane tade sifat2 kedajalan.kite sabo jew laah.ta yah amek pusing sgt.mane yg perlu kite bincang se'table'.bukan tak buleh settle. ;) kalau nak kurang an emo tuh amek suplemen yg paling berkesan : COKLAT tidak kira kinde buono ke ferrero roceh ke cadberry ke.coklat sgt baik utk seimbang an hormon2 kite.tp dark coklat taw!minum teh Lipton punn same! hirameki~~ hee.


Kedua belas : Kurangkan kerja rumah

Jika anda pada tahun peperiksaan , maklumkan hajat anda untuk berjaya dan minta adik-adik anda menolong anda dalam beberapa aspek kerja rumah tangga. Amalkan sikap tolong menolong dalam keluarga. Bila masanya mereka yang menduduki peperiksaan SPM, sama-sama menolong dirinya. Budaya berkongsi beban kerja rumah tangga seperti mencuci kasut, menyapu lantai dan lain-lain akan memberi lebih masa untuk anda belajar.

hah!yg nie aku slalu ade probs nie.baru nak duduk bukak buku mak dah jerit dr dapur.buat itu buat ini.kenkadang nyampeh gyle n malas gyle na buat.tp ta buat mak kecik aty nanty.tp nasib baik siblings ramai sonang kojo.heheh.cube laah bincang dgn family n set an sape buat tugas mane n byle kena buat.ajar siblings yg laki especially! LELAKI jgn egt kaum hawa nie org gaji yea at uma.ape salahnye tlg2 adik n kakak basuh pinggan.tak rugi ape punn.kalau mak suruh buat something kite buat jew dulu cpt2 n jgn "nanty lah!nanty lah!" ta baek tao. =O kalau dh settle an senang buleh kite hit back the couch n study! hahah.


Ketiga belas : Belajar menyesuikan diri dengan semua
Biar pun rumah anda bising, panas atau kurang selesa; ia tidak menjadi penghalang untuk anda mengulangkaji. Kadang-kadang , kita perlu belajar menyesuikan diri dengan kekurangan yang ada. Semakin mencabar keadaan anda , semakin besar ujian ketahanan diri anda. Beritahu diri anda , “biar apa yang berlaku, saya tetap dapat menjalankan tugas saya kerana saya seorang yang tahan lasak.”


dugaan tuh belajar ade gangguan lagi2 tangisan n rengekan anak2 kecil.lagi2 salakn anjing jiran n ngiau2 si combi meminta makan.kalau yg duduk uma betul2 tepi jalan lagi laah susah.mlm2 ade je rempit sane rempit sini an?geram betul.tapi cube tenang an fikiran n rileks.kite kalau nak marah2 sedih2 give up2 punn bukan buleh tukar situasi kite tybe2 kite tertukar tempat ke Pulau Jeju plak an? (esh!terberangan plak!) heheh. ==,


Ke empat belas : Berhati-hati dengan kawan yang tidak sehaluan dengan anda
Jika anda mahu belajar tetapi rakan-rakan anda tidak suka belajar. Mereka cuba mempengaruhi anda dengan seribu satu jenis kegiatan yang hanya membuangkan masa anda. Berani berkata “tidak” dan menolak mereka dengan lembut. Jangan sekali-kali menjadi mangsa kepada mereka kononnya anda tidak mahu melukakan hati mereka. Jika anda mengikut rentak mereka, anda akan melukakan masa depan sendiri.

cari laah kawan dua jenis yaitu : yg pandai mengajar n yg pandai memujuk kite utk belajar. (thanks to ammar n ummi) ;) kawan baik tak semestinye buleh bagi kite kejayaan menggunung2 nanty.tak rugy hilang kawan yg rotten seorg utk selamat an mase dpn kite.jgn gadai an masa berharga semate2 nak ikutt member joli kat kelab ***** laah.teman an dye dating laah.lagi2 anda pule ditemani bestie boyfie nye.susah susah. --" pas tuh jenis tana blaja.kalau betul kite syg member tuh nasihat an dye.paksa dye utk cintai ilmu.mane taw dgn buaian kata2 anda member tgerak na berubah? ;)


Kelima belas : Terus belajar biar pun tidak menampakkan kemajuan
Jangan mengukur prestasi anda kerana tidak menampakkan kemajuan yang nyata dalam keputusan peperiksaan sekolah. Setelah berbulan-bulan anda bertungkus-lumus, anda mungkin mahu kemajuan dalam keputusan sekolah. Sebenarnya, penilaian sekolah tidak menggambarkan anda pasti akan lulus atau gagal dalam peperiksaan akhir tahun. Teruskan usaha dan jangan berhenti.

walau dah gagal PPT ke UB1 ke.jgn nak menonggeng sgt laah.jadi an kata2 ejekan dr rakan sebaya yg lebih pandai sbgai satu anjakan n lonjakan utk terus maju.koyak2 laah kertas kaurang yg kosong2 je marks tuh sepuas hati tp kaurang tetap ta an dpt A+ nanty kalau ta usaha lebih lagi.ini ta.tyme BIO tido.tyme Math makan Oreo.tyme BM ngorat2 cegu laah.mane na nampak usaha nye.ape un ta buleh laah mcm tuh. --" jgn laah lokek dgn kerajinan n fokus.jgn mudah down.org mudah down nie slalu nye iman kureng.hah! =O


Ke enam belas : Terokai bakat dan minat anda
Sambil anda berjuang untuk peperiksaan SPM, peruntukkan masa juga untuk bidang yang anda hendak ceburi. Mungkin anda minat dengan bidang kedoktoran, baca majalah dan bahan rujukan am yang berkaitan dengan cita-cita anda tersebut. Gunakan bakat anda untuk berbakti kepada keluarga atau sekolah anda. Jika anda minat dalam bidang kejuruteraan, peruntukkan masa untuk belajar membaiki kereta atau anda juga boleh menolong kawan anda membaiki kereta mereka. Kegiatan sedemikian menjadikan makna pembelajaran lebih nyata. Anda tahu mengapa anda belajar kerana anda mempunyai hala tujuan yang nyata.

last last. c(= . kaurang cube cek2 rock2 course ape yg kaurang suke.jgn main hentam jew "yg nie mcm senang nak nie lah" eh3.mcm beli goreng pisang laah mcm tuh.fikir masak2 nak ape.yg penting MINAT n YAKIN MAMPU.sesetengah parents yg tentu an.kesian an?kenkadang parents nie ta logik laah.anak suke melukis ade ke letak jadi akauntan.aduyh.kesian laah mereka makcik pakcik.anak2 punn buleh bincang n tunjuk an betul2 t parents "ini tak rugi" kenkadang parents ni ape taw.terlalu fikir an duit gaji anak2 mereka.tp tak fikir kemampuan n kesukaan n kecintaan dyerang at ape.pantang betul aku lau parents yg jenis dengar course kemahiran je terus reject.ingat kemahiran ta bagus ew?skrg kemahiran laah meluas taw.so anak2 sekalian jgn mudah melatah dgn pilihan course ape yg melambak lambak tuh.pilih sebetul2 nye mcm kaurang pilih baju kaler ape nak pakai tyme dating.heheh. ;) salah sikit mesty takutt an? =)


see?tak susah punn nak belajar belajar kita terus belajar.bukan susah punn nak carik tips2 yg lagi byk lagi berguna utk kita.kalau boleh share dgn member2 mane taw kaurang A+ member punn A+.ta bangge ew?heheh. (jgn riak n takbur plak eh?)

okehh laah.puas dah kutt aku speech speech banyak2 nie. =)

BETULKAN YANG BIASA N BIASAKAN YANG BETUL.

chiaw~ wassalam.

No comments:

Post a Comment

wishiemishieblinkie**

SPM 10 A !!
makan askrim sehari sebijik
UPM - veterinarian
backpacking ke Japan
kahwin dgn anak sultan
duit berkepuk kepuk